10 October 2023

MENDIRIKAN RUMAH TANGGA 4 APRIL LALU - BADRUL MUHAYAT KONGSI DETIK PERKENALAN DENGAN ISTERI SEBAB KOPI



"Sebenarnya saya kenal isteri saya ni bermula kerana kopi... jiran saya cadangkan satu kopi ini dan saya suka. Saya beli kopi itu dan dia (isteri) salah seorang pengedar kopi. Daripada situ kami berkawan dan membuat keputusan untuk berkahwin.
"Dalam masa sebulan kami sudah buat keputusan untuk bernikah. Semua ini kuasa Allah. Kadang-kadang berkawan tiga, empat tahun pun belum tentu kahwin."

Itulah kongsi pelakon Badrul Muhayat yang berkongsikan detik perkenalannya dengan isteri kerana kopi serta mengambil masa sebulan untuk membuat keputusan untuk berkahwin.

Klik untuk gambar besar
Selepas mendirikan rumah tangga dengan Norhayati Zulkaply sejak enam bulan lalu iaitu pada 4 April lalu, Badrul turut berkongsikan kehidupannya kini berubah, dimana ia lebih terjaga, selain mengakui berat badannya juga naik.

"Saya dulu selalu sibuk dan badan pun agak kurus. Bila ada isteri ini kehidupan berubah. Makan terjaga, baju ada orang gosokkan... itu sebab berat badan saya naik sedikit.
"Saya pun dah ada kawan. Dulu saya duduk rumah seorang diri, adik setiap minggu datang ke rumah untuk lihat sama ada saya okay atau tidak. Mak pun telefon setiap hari tanya khabar... anak-anak pula tinggal jauh daripada saya.

"Jadi apabila sudah beristeri, saya boleh bercinta, bergaduh, berkasih-sayang dengan dia… kiranya isteri adalah kawan paling rapat saya sekarang," katanya yang sebelum ini memaklumkan, isterinya merupakan bekas graduan Universiti Liverpool, England.

Dalam pada itu, Badrul juga memberitahu, dia dan isteri merancang untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan pada Disember ini.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: