"Alhamdulillah. Akhirnya, selepas lebih 37 tahun saya bergelar sebagai anak seni, baru ini kali pertama saya mempunyai mikrofon sendiri. Mikrofon ini saya rekakan mengikut warna kegemaran saya, putih dan emas."
Demikian tulis penyanyi veteran, Ramlah Ram yang meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dapat menggenggam mikrofon peribadinya sendiri, selepas lebih 37 tahun bergelar anak senim
Perkara itu dikongsikan penyanyi lagu 'Kau Kunci Cintaku' (Dalam Hatimu) itu di platform media sosialnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian tersebut, Ramlah turut memuat naik beberapa gambar serta video yang memaparkan penyanyi ini bersama mikrofon baharunya.
Reka bentuk mikrofon gabungan warna putih dan emas itu turut ditempa dengan tangan tangan autograf Ramlah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment