"Kau jangan cuba-cuba lempang wife aku lagi. Aku tiktokers terhebat," kata pempengaruh media sosial, Ubai yang tampil memberi amaran kepada adik iparnya, Amir Shafiq agar tidak melakukan kekerasan terhadap isterinya, penyanyi Shila Amzah.
Amaran itu dimuat naik oleh Ubai menerusi aplikasi X miliknya, dimana Ubai turut mengulang siar video Shafiq ketika sesi live baru-baru ini mengenai penjualan rumah keluarga mereka.
Sejak akhir-akhir ini, hangat diperkatakan mengenai kemelut adik-beradik Shila Amzah selepas dia ingin menjual rumah banglo diduduki keluarga mereka.
Memetik Astro Gempak pula, suami Shila menyifatkan tindakan adik iparnya itu sudah melampau, malah katanya, kenyataan Syafiq tersebut berbaur fitnah.
Klik untuk gambar besar
"Dia membuat hantaran menerusi ruangan story di TikTok yang mengatakan dia akan mendedahkan siapakah Shila Amzah sebenar.
"Selepas itu, dia melakukan siaran langsung dan mengatakan Shila tak sedar di untung, berjaya pun sebab mak ayah. Bagi saya dia sudah over limit dan menaburkan fitnah. Kemudian saya masuk ke siasan langsung berkenaan untuk menegurnya namun saya kena mute.
"Tidak lama kemudian Shila juga masuk siaran langsung itu namun dia juga telah di mute. Bekas adik ipar Shila juga masuk dan dia pun turut kena mute. Bila semua dah kena mute dia masih lagi berterusan menceritakan perkara yang tidak benar," tuturnya.
Dalam pada itu, Ubai memberitahu, dia masih ingat sampai sekarang kata-kata Shafiq yang bertindak biadab apabila melibatkan arwah ibunya.
"Satu benda yang saya ingat sampai sekarang dia cakap adalah Ubai kau ajar sikit bini kau, mari sini aku ajar kau macam mana nak jadi suami. Kau pun mak dah meninggalkan.
"Saya rasa ini dah melebih lebih, saya fikir saya nak tutup mulut dia tak boleh pada ketika itu. Jadi saya cakap pada isteri yang adiknya itu sudah keterlaluan.
"Sudah tiba masanya untuk saya mengeluarkan kenyataan kerana isteri saya sudah hadap benda ini lama. Jadi saya tulis satu nota di platform X. Itulah kebenarannya. Pada asalnya hanya berpunca dari rumah sahaja," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment