"Saya tak nak cakap banyak mengenai isu ini sebab tindakan saya ni bukanlah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi. Sungguh pun semua ini dah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah SWT sahaja.
"Saya juga nak minta maaf kepada semua orang yang saya dah kecewakan. Saya dah buat dan saya cuba sedaya upaya untuk istiqamah selama ni. Tapi saya gagal kali ini.
"Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini. Terima kasih kepada yang masih sokong saya, bagi kata positif dan doakan yang baik untuk saya. Terima kasih."
Demikian tulis pelakon Mawar Rashid menerusi perkongsian di Insta Story, dimana dia tampil memberi penjelasan mengenai keputusannya yang membuka hijab yang dianggap bukan tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.
Klik untuk gambar besar
Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Raf Yaakob itu mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya tidak lagi berhijab di laman Instagram selepas tiga tahun membuat keputusan untuk bertudung.
Dalam hantaran terbaru tersebut, Mawar juga memohon maaf buat mereka yang kecewa dengan keputusannya itu kerana katanya, dia sudah cuba istiqamah dalam berhijab namun gagal.
Pada masa sama, Mawar turut meminta orang ramai mendoakan agar dia terus istiqamah untuk memperbaiki diri serta berterima kasih buat mereka yang masih menyokong dirinya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment