11 October 2023

ALL STARS GEGAR VAGANZA - KAK LINA MOHON MAAF UNDUR DIRI SEBAGAI PENGACARA : "TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENYOKONG"



Nampaknya kita tidak dapat lagi tengok gelagat Elly Mazlein atau mesra dengan nama Kak Lina, atas pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10) apabila dia membuat keputusan untuk mengundurkan diri sebagai pengacara program tersebut.
"Dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.

"Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.

Klik untuk gambar besar
"Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang."

Itulah kata Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Astro, dimana dia mengumumkan pengunduran Kak Lina dalam GV10.

Difahamkan, pengunduran diri Kak Lina yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon itu disebabkan hal peribadi dan pihak Astro menghormati keputusan tersebut.
Sementara itu, Kak Lina tampil memohon maaf apabila tidak dapat meneruskan tugasnya itu, selain turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya.

"Kak Lina ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya.

"Insya-Allah, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: