Menerusi perkongsian di Insta Story, isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astillah telah mendakwa pelakon Sophia Albarakbah menipu dan putar belit mengenai kehadirannya di konsert ketiga All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada Ahad lalu.
Ini kerana kata Bella, Sophia beredar dari konsert berkenaan selepas persembahan Aliff selesai.
"Ya Allah masih nak menipu stay lepas Liza Hanim? Serius la dia ni. Dahlah nama tak ada dalam guest list. And then lepas Aliff habis je nyanyi dia terus gerak balik.
"Dahlah duduk depan wartawan, lepas tu nak menipu lagi. Haih tapi tak hairanlah dia ni dah biasa menipu dan putar belit," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Sophia menjelaskan, kehadirannya ke konsert tersebut tiada kena mengena dengan Aliff.
Katanya, dia hadir untuk menemani serta memberi sokongan kepada sepupunya, penyanyi Aisha Retno yang membuat persembahan pada malam itu di belakang pentas.
Sementara itu, menerusi perkongsian lain pula di Insta Story yang juga menjadi perhatian ramai, Bella dilihat mempertikaikan kenyataan suaminya 'belum' berhubung dengan Sophia.
Dalam hantaran tersebut, Bella turut mempersoalkan mengapa Aliff perlu menjaga pihak lain kerana bukankah sepatutnya perasaan isteri perlu diberi keutamaan.
"Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke? “Kenapa harus jaga hati pihak sana, bukankah sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting," tulisnya.
Difahamkan, dalam temu bual sebelum ini, Aliff memberitahu, dia tiada hak untuk menentukan siapa yang hadir pada konsert berkenaan serta memberitahu belum berhubung dengan Sophia.
"Kalau nak tanya mengenai berhubung, belum lagi berhubung tentang apa-apa. Mungkin beliau (Sophia) datang dengan sepupunya, Aisha Retno," kata Aliff.
Terdahulu, Aliff berkata, sebagai peserta, dia hanya mahu memberikan persembahan terbaik di pentas. Ujarnya lagi, mereka berada dalam satu industri dan pasti akan berjumpa dengan orang yang sama.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment