10 October 2023

TAMPIL BUKA TUDUNG, MAWAR RASHID AKUI DAH CUBA TAPI GAGAL - FAZLEY YAAKOB : "DIA PUNYAI MASALAH MENTAL YANG SERIUS"



"I tried. But I failed. I'm sorry (Saya dah cuba. Tapi saya gagal. Saya minta maaf)," itulah kapsyen yang ditulis pelakon Mawar Rashid, dimana dia mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik gambarnya tidak lagi berhijab selepas tiga tahun berhijab di Instagram miliknya awal pagi tadi.
Dalam hantaran itu, Mawar berkongsikan dua keping gambarnya mengenakan baju berwarna putih yang berada di hadapan cermin.

Mawar yang mengambil keputusan untuk berhijab pada Ogos 2020 selepas mendalami agama serta menghadiri kelas ilmu itu bagaimanapun telah menutup ruangan komen.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, abang ipar kepada Mawar iaitu penyanyi Datuk Fazley Yaakob berkata, dia enggan masuk campur urusan keluarganya kerana dia menghormati privasi adik iparnya itu.

Menurut abang kepada pelakon Raf Yaakob itu, pasti ada sebab mengapa Mawar atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, berbuat demikian.

"Saya hormati keputusan dan privasi mereka. Mereka ada hak peribadi untuk buat keputusan sendiri. Saya anggap dia (Mawar) ada sebab kukuh mengapa tiba-tiba bertindak sedemikian," tuturnya.
Dalam pada itu, Fazley yang ditanya sama ada dia perasan mengenai perubahan Mawar sehingga membuka tudung itu berkata, dia tahu adik iparnya ini mengalami masalah tekanan mental yang serius.

"Saya rasa semua pun sedia maklum dan Mawar juga sudah berulang kali memberitahu, dia mempunyai masalah kesihatan mental yang serius. Sebagai abang ipar, saya juga ambil maklum.

"Tetapi saya juga ada batas sendiri untuk tidak mencampuri secara teliti kehidupan mereka. Sekadar nasihat dan perhatian sebagai seorang abang. Kita doakan yang terbaik untuk Mawar dan Raf, hadapi ujian ini," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: