10 October 2023

"KENAPA EH... DIA TAK ADA KENA MENGENA DENGAN AWAK" - PUTERI SARAH DAKWA ADA YANG 'STALK' IG TEMANNYA, PELAKON INDONESIA, ANDI ARSYIL



"Dengar-dengar ada orang tu dia stalk. Dia stalk pelakon Indo tu kenapa eh. Kenapa nak kena stalk IG dia eh? Dia tak ada kena mengena dengan awak, dia ada kena mengena dengan saya.
"Dia check IG orang tu, lepas tu orang tu (Andi) tanya saya..kok bisa check IG aku, kenapa sih?" kata pelakon Puteri Sarah yang mendakwa ada individu cuba mengintip atau 'stalk' temannya dari Indonesia yang merupakan pelakon, Andi Arsyil.

Puteri Sarah meluahkan rasa hairan dengan tindakan individu itu menerusi sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok.

Klik untuk gambar besar
Dalam video tersebut, Puteri Sarah berkata, individu tersebut 'kantoi' memeriksa akaun milik Andi sehingga pelakon Indonesia itu memaklumkan perkara berkenaan kepadanya.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen seakan mengetahui siapa individu yang diperkatakan oleh Puteri Sarah itu.

Ada dikalangan netizen mengatakan hidup individu berkenaan tidak tenang dan disebabkan itu dia berbuat demikian.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: