10 October 2023

"TAKKANLAH SAYA NAK CAKAP DIA TAK BOLEH DATANG..." - ALIFF AZIZ ULAS ISU SOPHIA ALBARAKBAH DATANG TENGOK GV10



"Saya nampak dia (Sophia) dan mungkin datang untuk menemani sepupunya, penyanyi Aisha Retno yang membuat persembahan untuk GV Live+.
"Ini konsert terbuka yang boleh dihadiri oleh semua orang. Takkanlah saya nak cakap dia tak boleh datang, orang itu dilarang hadir.

"Mungkin dia hadir untuk berseronok menyaksikan konsert minggu ini. Saya perasan dia datang pun masa saya naik pentas dan nak mula nak menyanyi."

Demikianlah ujar penyanyi Aliff Aziz yang berkata, dia tiada hak untuk menghalang kehadiran pelakon Sophia Albarakbah ke konsert All Stars Gegar Vaganza (GV10) malam Ahad lalu.

Klik untuk gambar besar
Tambah Aliff lagi, perkara itu adalah diluar bidang kuasanya dan semua orang bebas untuk hadir apatah lagi ianya konsert terbuka.

Aliff bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara itu kerana katanya, ia hanya akan mencetuskan salah faham dan spekulasi daripada orang ramai.

"Untuk saya beri komen banyak mengenai apakah perasaan melihat kehadirannya adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan pun," katanya yang turut memberitahu, sebagai peserta dia hanya mahu memberikan persembahan terbaik di pentas.
Dalam pada itu, suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah ini mengulas, mereka berada dalam satu industri, dimana ia pasti akan berjumpa dengan orang yang sama.

"Persoalan siapa yang hadir, untuk apa mereka datang, itu bukan sebahagian daripada tugas seorang peserta. Saya tiada apa-apa komen kot untuk perkara ini.

"Saya berada dalam bidang dan industri yang sama dengan dia, pusing-pusing kita akan berjumpa dengan orang yang serupa juga," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: