29 November 2023

21 JANUARI 2024 - ATIKAH SUHAIME BAKAL BERNIKAH DENGAN DATUK LOKMAN TEH



Pada 21 Januari tahun depan iaitu 2024, pelakon kelahiran Singapura iaitu Atikah Suhaime, 32, akan melangsungkan pernikahan dengan tunangnya yang juga ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 34, dalam satu majlis yang difahamkan akan diadakan di Kuala Lumpur.
Jelas, Atikah atau nama penuhnya, Nur Atikah Mohd Suhaime, dia kini dalam proses menyempurnakan dokumentasi, memandangkan perkahwinan ini membabitkan individu antara dua negara.

"Setakat ini semua dah bersiap sedia termasuklah untuk pakaian dan pemilihan solekan. Cuma yang tinggal adalah dokumentasi memandangkan perkahwinan kami membabitkan dua negara.

"Sebenarnya, kami rancang majlis ini di saat akhir juga dan kami pun baru bertunang bulan lalu. Jadi, sekarang, nak selesaikan perkara berkaitan dokumentasi saja," ujarnya.

Dalam pada itu, Atikah berkata, Lokman adalah orang yang membuatkannya rasa tenang saat didampingi dan dilihat sebagai individu yang stabil dari pelbagai sudut.

"Saya tertarik dengan Lokman sebab saya rasa tenang bila ada dengan dia. Berbanding dengan yang lain, dia adalah pilihan terbaik.

Klik untuk gambar besar
"Dia berikan ketenangan dari segi mental, stabil dari segi kehidupan dan saya boleh nampak masa depan saya dengan dia. Selain itu, dia juga seorang yang bertanggungjawab.

"Selepas ini, setiap perkara yang saya nak lakukan saya kena minta izin daripada Lokman terlebih dulu, kemudian barulah saya berbincang dengan pengurus saya. Saya mohon, doakan yang terbaik untuk kami," katanya.

Sementara itu, menurut Lokman pula, dia tidak akan menghalang bakal isterinya itu untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon, walaupun selepas berumah tangga.

"Selepas dah berkahwin, Insya-Allah, kami akan pergi berbulan madu. Tak ada halangan daripada saya untuk dia teruskan kerjaya lakonan, cuma saya lebih suka melihat dia berada dalam dunia perniagaan.

"Yang pasti, selepas ini kami akan fokus juga untuk membina keluarga. Jadi, mohon doakan kami," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: