29 November 2023
'HILANG SUARA' - SITI NORDIANA TERPAKSA TAIP JAWAPAN DALAM IPAD DI MAHKAMAH
Dalam prosiding kes saman terhadap lima sekawan yang berlangsung hari ini, penyanyi Siti Nordiana terpaksa menjawab soalan secara bertaip di Mahkamah Tinggi, di sini, disebabkan masih berdepan masalah 'hilang suara'.
Selaku plaintif dan saksi terakhir perbicaraan kes saman lima defendan dan menuntut RM2.5 juta, Siti Nordiana atau mesra disapa sebagai Nana, 39, menulis jawapannya menerusi iPad sebelum dipancarkan ke skrin TV khas dalam bilik bicara.
Menerusi jawapannya kepada soalan peguam, Azlan Abdul Razak yang mewakili defendan, pendirian Nana teguh bahawa siaran langsung (Live) di Instagram dibuat lima sekawan pada Julai 2021 lalu ditujukan kepadanya, walaupun namanya tidak disebut sebagai individu dimaksudkan.
Ia selepas Azlan menunjukkan petikan video daripada rakaman siaran langsung itu.
Azlan : Adakah nama kamu disebut di sini?
Siti Nordiana : Tiada
Azlan : Petikan-petikan merujuk kepada kamu?
Siti Nordiana : Setuju
Azlan : Bagaimana kamu merasakan setiap apa yang diperkata itu menfitn@h kamu?
Siti Nordiana : Seolah saya seorang yang berl@gak! Mereka memang tuju live ini untuk saya.
Azlan : Kalau saya kata tiada apa-apa yang membawa fitn@h kepada kamu?
Siti Nordiana : Tak setuju. Sebab itu seolah-olah nencerminkan saya ini artis yang perasaan popular.
Lima defendan itu adalah penyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 38, dan isterinya, Nur Sheila Hassim, 38, serta penyanyi Syura atau Zuraidah Badron, 37.
Dua lagi defendan adalah Pegawai Perhubungan Awam FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 45, serta jurusolek bebas, Razidah Ahmad Senusi, 43.
Terdapat beberapa hujah dikemukakan Azlan termasuk soal reputasi dan pemb@talan atau pen@rikan kontrak kerja.
Sementara itu, Siti Nordiana memberitahu disebabkan siaran langsung itu, reput@si dan kerjayanya telah menerima k£san.
Azlan: Kamu tak tahu apa-apa mengenai penarikan tawaran kerja-kerja selain dapat tahu daripada pengurus?
Siti Nordiana : Setuju.
Azlan : Kontrak-kontrak itu tidak terk£san dengan kes ini?
Siti Nordiana : Tidak setuju. Kontrak itu ada yang tak disambung.
Azlan : Setuju tak pandangan masyarakat terhadap Nana tidak berubah atau beri k£san neg@tif kepada kamu?
Siti Nordiana : Tidak setuju
Azlan : Medium apa yang buat kamu terasa reput@si terk£san?
Siti Nordiana : Saya dipandang hin@ masyarakat yang percaya fitn@h itu. Mediumnya adalah bila kadang-kadang saya buat 'live show', peminat k£cam, rakan-rakan artis juga menj@uh diri dari saya.
Difahamkan, prosiding di hadapan Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan itu akan disambung esok, jam 2 petang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment