30 November 2023
DAKWAAN BERC1UM DENGAN MIMI LANA - MEERQEEN TAMPIL NAFI
"Saya tak layan apa-apa yang keluar di media sosial sehingga boleh menjejaskan kerjaya saya. Ketika kontr0versi itu timbul saya tiada di Kuala Lumpur pun kerana terbabit dengan penggambaran. Malah saya terkejut apabila terbaca mengenai g0sip itu. Ia tidak berlaku langsung.
"Bod0hlah saya jika saya melakukan hal sedemikian. Sebab itu saya tak ambil peduli langsung mengenai perkara itu," kata pelakon Meerqeen yang tampil menafikan dakwaan berc1um dengan aktres Mimi Lana di sebuah kel@b mal@m seperti yang tular baru-baru ini.
Menerusi laporan Harian Metro, Meerqeen menjelaskan, dia tidak akan melakukan perkara seperti yang didakwa bersama Mimi kerana menganggap aktres itu sebagai rakan selebriti.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Meerqeen turut memberitahu, dia sudah pun berhubung dengan aktor Syafiq Kyle bagi menjelaskan perkara sebenar.
"Syafiq adalah rakan saya dan kami berada dalam bidang yang sama. Saya sudah bercakap dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara ini. Kami sudah 'man to man talk'," katanya.
Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan seorang pelakon baru meningkat naik berc1um di kel@b mal@m dengan seorang pelakon popular berstatus tunangan orang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment