30 November 2023

IMPIAN MAHU KE MAKKAH TERCAPAI - NASHA AZIZ LUAH RASA SYUKUR



"Insya-Allah, saya akan berangkat ke Makkah pada 26 Disember ini selepas penggambaran telefilem ini selesai. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan saya pun dah berjaya ambil visa pelancong."
Demikian tutur pelakon Nasha Aziz, 52, yang meluahkan rasa syukur dan gembira apabila impiannya untuk berada di Makkah selama sebulan bagi mengerjakan ibadah umrah menjadi kenyataan, selepas pada awalnya berdepan ujian getir.

"Saya akan pergi bersendirian. Ia sebenarnya satu hikmah yang saya peroleh di sebalik pelbagai ujian yang dihadapi sebelum ini.

Klik untuk gambar besar
"Ini adalah salah satu doa saya yang Allah dengar di mana doa ini saya sudah panjatkan sebaik saja selesai menjalani penggambaran sebuah drama rantaian tahun lalu.

"Saya rancang nak gunakan baki bayaran daripada projek ini untuk tujuan itu dan meletakkan harapan menggunung.
"Tambah pula, penerbit drama itu juga berjanji akan membantu untuk membuat urusan tempahan ke sana," katanya yang kini terbabit dalam penggambaran telefilem 'Rumah Pontianak' itu.

Bagaimanapun, impian itu berkecai apabila penerbit terbabit tidak menunaikan janji selain memberikan alasan berada di negara jiran.
"Saya akan terus menuntut hak saya. Namun atas rezeki Allah, saya tetap diundang juga untuk menjadi tetamu-Nya. Dia bagi rezeki lain yang membolehkan saya untuk menunaikan impian saya itu.

Dalam pada itu, Nasha turut memberitahu, dia jarang membelanjakan wang hasil lakonan dan peragaan untuk bercuti kerana lebih mengutamakan tanggungjawab terhadap keluarga, diri sendiri dan perkara yang sepatutnya.
"Inilah pertama kalinya saya gunakan wang dari hasil titik peluh untuk ke luar negara. Saya pernah berjanji dengan diri sendiri, jika saya dapat satu tawaran yang besar, percutian pertama saya untuk terapi diri, saya mahu ke Makkah.

"Inilah rezeki saya yang sepatutnya adalah dari hasil kerja saya sebelum ini. Pada mulanya saya sangka impian itu tak kesampaian apabila hutang yang sudah setahun tertunggak itu tidak dijelaskan.

"Apabila dapat tawaran besar ini, saya kena tunaikan perjanjian dengan diri sendiri. Dengan visa pelancong juga, saya berpeluang melawat banyak tempat di sana," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: