30 November 2023

LAMA BEREHAT - MAWAR RASHID MASUK STUDIO RAKAMAN, UMUM AKAN KEMBALI BERLAKON



Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Mawar Rashid hangat diperkatakan dan menjadi bualan selepas kontroversi membuka tudung dan isu melibatkan rumah tangganya dengan pelakon Raf Yaakob.
Terkini, menerusi perkongsian di Insta Story, Mawar telah memaklumkan, dia akan kembali berlakon selepas sekian lama berehat.

Melihat pada perkongsian tersebut, Mawar dilihat menghadiri casting untuk sebuah drama, selain turut kelihatan dalam foto dikongsikannya itu adalah pengarah Osman Ali.

Klik untuk gambar besar
Malah dalam perkongsian lain, Mawar yang difahamkan akan kembali berlakon pada tahun hadapan itu juga terbabit dengan projek nyanyian amal untuk membantu memperkasakan wanita.

Minggu lalu, status rumah tangga Mawar dan suaminya itu akhirnya terjawab apabila mereka mengesahkan memilih jalan untuk berpisah kerana tiada lagi persefahaman.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: