30 November 2023

"SAYA & AZLAN KOMENG SUDAH BERCERAI" - NUR NILAM DEDAH 'PENY0NDOL' JADI PUNCA



Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam mengesahkan dia dan suaminya itu telah pun bercerai dan mereka akan ke mahkamah Khamis ini untuk membuat pengesahan lafaz cerai.
Perkara itu dimaklumkan Nilam menerusi TikTok miliknya, dimana dia turut memberitahu akan ke mahkamah Khamis ini untuk membuat pengesahan lafaz cerai.

"Saya dan Komeng sudah bercerai. Tapi kena tunggu Khamis akan ke mahkamah untuk sahkan lafaz cerai sebab lafaz dibuat di luar mahkamah.

"Walaupun saya bukan rakyat Malaysia, tapi saya menghormati undang-undang negara ini," katanya.

Sementara itu, Nilam menerusi posting berkenaan juga memberi bayangan punca keretakan rumah tangganya adalah disebabkan orang ketiga yang digelar sebagai 'pel@cur peribadi'.

Dalam pada itu, Nilam seolah memberi bayangan, dimana dia mendakwa bahawa wanita itu pernah menjalin hubungan dengan Azlan sebelum ini.

"Aku rasa kau dah boleh buat persiapan majlis kesyukuran sebab kau teruja nak jadi isteri kepada artis. Aku doakan supaya impian kau menjadi isteri Azlan Komeng tercapai.

"Setahu aku sebelum wujud kau, Komeng dah ada isteri tetapi kemudian cerai. Selepas itu dia berkahwin dengan aku, tetap tak ambil kau jadikan isteri. Boleh ke dari title PP menjadi isteri? Semoga berjaya. Aku doakan kau bahagia," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: