30 November 2023

BAKAL BERNIKAH LAGI - BUNGA CITRA LESTARI DAPAT RESTU KELUARGA ARWAH ASHRAF SINCLAIR



"Doa saya untuk Bunga agar dibimbing oleh Allah, agar tetap kuat, sihat, bahagia dan bersyukur," tutur ibu kepada pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Dida Sinclair.
Memetik laporan Hops.id, ibu arwah suami penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) itu dikatakan telah memberi keizinan untuk penyanyi ini berkahwin, selain menitipkan pesanan dan doa buatnya.

Difahamkan, keputusan BCL untuk melangsungkan pernikahan sudah mendapat restu daripada keluarga Allahyarham suaminya.

Sebelum ini, BCL dikhabarkan bakal disatukan dengan ahli perniagaan, Tiko Aryawardhana pada 2 Disember ini, selepas hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal.

Klik untuk gambar besar
Malah, sumber terdekat BCL mengesahkan majlis pernikahannya bersama ahli perniagaan itu bakal berlangsung di sebuah hotel mewah di Bali.

Untuk makluman, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Ashraf Sinclair, sebelum suaminya itu menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan itu, BCL dan arwah suaminya itu dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan yang dilahirkan pada 22 September 2010.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: