01 December 2023

SELEPAS LIVE LIMA SEKAWAN - SITI NORDIANA DAKWA ADA RAKAN ARTIS JAUHKAN DIRI



Semua sedia maklum mengenai kejadian Live Instagram lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron, pada Julai 2021.
Berhubung isu itu, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, mendakwa ada artis menjauhkan diri darinya selepas kejadian live tersebut.

Bagaimanapun, apabila ditanya oleh peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili tiga defendan siapa artis tersebut, Siti Nordiana berkata, dia tidak boleh mendedahkan nama-nama artis berkenaan.

"Itu saya tak boleh dedahkan nama, ramai saya tak ingat," kata Siti Nordiana yang merupakan seorang ibu tunggal satu anak itu.

Dalam prosiding berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Siti Nordiana terpaksa memberi keterangan dan menjawab soalan secara bertaip dalam prosiding hari ini disebabkan masih 'hilang suara'.

Prosiding tersebut akan disambung pada 5 Disember depan selepas melihat keadaan Siti Nordiana yang masih sukar untuk bercakap dan memberi kenyataan.

Terdahulu, Siti Nordiana memfailkan s@man berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021 terhadap lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron.

Menerusi s@man tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: