01 December 2023

SELEPAS BERGELAR BAPA - REMY ISHAK RASA MUDA SEMULA



"Selepas jadi bapa saya rasa muda semula… dengan kelahiran anak (Tuah Alam) saya seperti dalam dunia yang baru, saya rasa kembali hidup dan kembali jadi Remy Ishak. Sebab beberapa tahun lepas sebelum lahirnya anak, saya tak tahu kenapa saya rasa tidak keruan.
"Tak tahu apa makna hidup, kadang-kadang bila dah kahwin ada fasa dalam kehidupan kita akan tiada hala tuju tapi bila lahirnya anak sudah kembali ke jalan sepatutnya."

Itulah kata pelakon Remy Ishak yang memberitahu, kehadiran cahaya mata sulung, Tuah Alam, pada Julai lalu, benar-benar mengubah kehidupannya.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Remy menjelaskan, sebelum bergelar bapa, dia pernah berdepan fasa tidak keruan serta masalah kemurungan, namun kini kembali menjalani kehidupan normal.

Malah, tambah pelakon ini lagi, dia merasakan dirinya 'kembali hidup' dan rasa muda selepas selepas kelahiran anak lelakinya itu, kerana seperti berada dalam dunia yang baru.

Untuk makluman, Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung lelaki diberi nama Tuah Alam pada 27 Julai lalu.



         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: