08 November 2023

"ALLAH BAGI SAKIT, MAKNANYA ALLAH BAGI UBAT JUGA" - ISTERI JADI PENDERMA HATI BUAT TIA JINBARA, PERLU BANTUAN KEWANGAN RM250,000 UNTUK PEMBEDAHAN KE MEDANTA, INDIA



Semua maklum mengenai keadaan bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia, 53, yang disahkan menghidap barah hati selepas menerima rawatan di Hospital Shah Alam (HSA).
Terkini, isteri yang merangkap pengurus Tia atau nama sebenanya, Shamsul Bakhtiar Zakaria iaitu Suzan Ahmad difahamkan akan menjadi penderma hati buat suaminya itu.

Dalam pada itu, Suzan yang juga bekas wartawan Berita Harian ini berkata, dia sangat memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM250,000 bagi menampung kos pembedahan suaminya yang akan dilakukan di Medanta, India.

"Setakat ini, doktor beritahu hati saya macam sesuai untuk didermakan kepada suami atas faktor kumpulan darah kami yang sama dan saya pun tiada sebarang penyakit kronik. Tapi, keputusan sebenar akan diketahui selepas ujian lanjut di India nanti.

"Demi kasih sayang dan cinta kami yang dikurniakan Allah, sebagai isteri saya sedia mendermakan hati sekiranya sesuai kepada suami untuk melihat dia kembali sihat seperti dulu dan saya juga akan terus memberi sokongan semangat kepadanya.

"Cuma, saya mohon bantuan sumbangan ikhlas daripada orang ramai untuk mengumpulkan kos pembedahan pemindahan hati yang kami perlukan dengan keadaan segera sebanyak RM250,000," ujarnya.

Klik untuk gambar besar
Menurut Suzan lagi, kos pembedahan yang besar itu memerlukan dia memohon sumbangan, selain turut amat berterima kasih kepada mereka yang sudi membantu serta mendoakan kesembuhan buat Tia.

"Dengan ikhlas bantulah kami sekeluarga agar saya dan suami dapat menjalani pembedahan ini yang akan dilakukan di Medanta, India dengan secepat mungkin. Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap penderma yang membantu," katanya.

Bagi orang ramai yang ingin menghulur sumbangan, mereka boleh ke akaun Maybank, 114123682233 (Suzan Ahmad) untuk bersama membantu meringankan bebanan kewangan dihadapi pasangan ini.

Sementara itu, Suzan memberitahu, dia enggan berputus asa dalam usaha merawat Tia selepas disahkan menghidap barah hati.

"Saya tak nak putus asa. Kalau orang lain, mungkin dah bawa balik ke rumah. Kita boleh cuba rawat kenapa tak buat? Dia masih hidup lagi bukan mati (meninggal dunia) pun.

"Selagi ada kudrat dan selagi ada jalan, saya akan terus berusaha. Allah bagi sakit, maknanya Allah bagi ubat juga. Kita kena ikhtiar. Saya tak nak fikir benda lain dahulu," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: