05 November 2023

DALAM FASA SESUAIKAN DIRI SELEPAS BERGELAR IBU - WANY HASRITA AKUI TERKADANG SAMPAI MENANGIS



"Memang sangat berbeza kehidupan sebelum dan selepas bergelar ibu. Sekarang saya dalam fasa menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
"Terkadang saya sampai menangis tapi bila tengok Aishah senyum, terus hilang semua rasa penat lelah tu," tutur penyanyi Wany Hasrita yang akui dalam fasa menyesuaikan diri selepas bergelar ibu sejak Julai lalu.

Jelas Wany lagi, apabila dikurniakan anak sulung perempuan yang diberi nama Aishah Al Iman, banyak perubahan berlaku dalam kehidupannya seharian.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Wany juga memberitahu, dia merancang untuk menetap di Kuching, Sarawak bersama suami dan anaknya itu, selain berulang-alik ke Kuala Lumpur sekiranya ada keperluan.

"Buat masa ini saya masih berulang alik dari KL ke Kuching bagi memenuhi tanggungjawab kerjaya seni dan sebagai isteri serta juga ibu.
"Bagaimanapun, mungkin di masa depan saya bercadang untuk terus menetap di Kuching bersama suami dan anak, jika ada tuntutan kerja, barulah saya terbang balik ke KL," tambahnya.

Dalam perkembangan lain pula, Wany baru saja melancarkan single terbaharunya berjudul 'Cinta Hatiku' yang turut menampilkan Aishah dalam muzik videonya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: