05 November 2023

SABRI YUNUS & ARDINI TERHARU TERUS DIRAIKAN, SIAP ADA YANG MAHU TAJA MAJLIS RESEPSI



"Saya bersyukur ramai yang berminat untuk meraikan kami. Selama ini, saya ingat Allah sahaja yang sayang saya, tetapi kawan-kawan turut menyayangi saya."
Demikian tutur pelakon dan pengarah, Sabri Yunus yang tidak pernah menyangka pernikahannya bersama pelakon Angeline Tan atau Ardini mendapat perhatian banyak pihak, sehingga ada yang berminat untuk menaja majlis resepsi mereka.

Dalam pada itu, Sabri atau nama sebenarnya, Mohd Sabri Yunus, 62, dan isterinya itu terharu apabila terus diraikan oleh rakan-rakan penggiat industri.

Klik untuk gambar besar
Pada 3 November lalu, pasangan ini telah diraikan dalam majlis resepsi anjuran Persatuan Melodi Kenangan Artis Dan Penggiat Seni (Pemekar) yang berlangsung di sebuah hotel di Ampang, di sini.

Dalam majlis tersebut, pasangan mempelai tampil segak dan menawan apabila menggayakan baju tradisional songket warna sedondon iaitu biru muda.
Ini adalah majlis resepsi kedua bagi Sabri dan Angeline selepas diraikan oleh sebuah stesen penyiaran pada 17 Oktober lalu.

Difahamkan, pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis pada Ahad ini dan empat lagi majlis dalam perancangan yang akan diadakan di Kelantan.
"Ada empat lagi majlis yang ada dalam perancangan termasuk resepsi yang akan diadakan di Kelantan. Majlis itu nanti akan lebih besar dan meriah," kata Sabri yang selamat dinikahkan dengan Angeline oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada 14 Oktober lalu.

Majlis resepsi Sabri dan Angeline dimeriahkan dengan kehadiran lebih 500 tetamu yang terdiri keluarga kedua mempelai dan juga rakan seperjuangan seperti Othman Hafsham, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail, Datuk Rosyam Nor, Mustapha Kamal, A Galak serta Presiden Pemekar, Amran Nasruddin.
Yang turut hadir meraikan perkahwinan termasuklah pelakon veteran Sophia Ibrahim, Roslan Madun, Mubarak Majid, Issey Fazlisham, manakala pelawak Abon bertindak sebagai pengacara majlis.

Sementara itu, Sabri turut mendedahkan, dia pernah ditawarkan menjadi duta produk menguatkan tenaga b@tin hanya kerana berkahwin pada usia emas.
Bagaimanapun, Sabri berkata, dia terpaksa menolak kerana segan dengan pandangan masyarakat sekeliling.

"Maaf cakap saya memang ada terima tawaran jadi duta produk ub@t kuat tenaga b@tin. Mungkin kerana saya pengantin berusia. Bagaimanapun, saya terpaksa tolak kerana saya segan. Kalau produk nak kurangkan (tenaga b@tin), saya naklah (ketawa)," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: