05 November 2023

SHILA AMZAH ANGGAP ISU KELUARGA SELESAI, SIFATKAN ADIK LELAKI TAK AKAN MENGAKU SALAH : "KALAU DIA NAK MER@TAP KE MER@TIP KE, BIARKAN!"



"Bab keluarga ini tak payah tanya saya, yang melaluinya sahaja tahu. Saya anggap dah selesai... Daripada segi keluarga, 0tak saya sudah selesai. Sebab kita pun kadang-kadang orang sedarah tak anggap kita sama. Dah ini rezeki kita, kena mengambil konsep reda."
Itulah ujar penyanyi Shila Amzah yang mendedahkan banglo miliknya di Hulu Langat, Selangor, sudah dikosongkan ahli keluarganya yang menetap di situ sebelum ini, selain memberitahu, kemelut melibatkan dia dan keluarga yang hebat diperkatakan sudah selesai.

Perkara tersebut dikongsikan Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 33, menerusi siaran langsung di Instagram miliknya pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Shila yang merupakan peserta Famili Duo 2023 (FD3) itu turut berkata, dia enggan melayan karenah adik lelakinya, Amir Syafiq Amzah, 30, kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan.

Jelas Shila lagi , Syafiq adalah orang yang tidak akan mengaku bersalah dan akan semakin naik jika dilayan.

"Korang tak payah beri perhatian pada dia lagi... Kalau dia nak mer@tap ke mer@tip ke, biarkan! Dia orang yang tak tahu salah... Tak tahu diri ini memang suka mer@tip.

Klik untuk gambar besar
"Jangan beri dia perhatian, kalau bagi dia makin mer@tip. Makin dilayan makin naik lemak dia nanti... Biarlah dia cari duit betul-betul," ujarnya.

Terdahulu, kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adik bongsunya, Syada Amzah mendakwa bakal dih@lau susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.

Bagaimanapun, Shila tampil menyangkal dakwaan dia mahu mengh@lau adik-beradiknya, sebaliknya menjelaskan, dia mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.

Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut.

Kata Syafiq lagi, banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik, selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: