04 November 2023

AL-FATIHAH - ADIK PEMAIN GITAR, JO BRANKO DIJEMPUT ILAHI, SELAMAT DIKEBUMIKAN



Takziah diucapkan kepada pemain gitar, Jo Branko, 53, atas pemergian adiknya, Azakire Abd Kadir yang meninggal dunia, awal pagi, semalam.
Jo atau nama sebenarnya, Abd Zamin Abd Kadir ketika dihubungi memberitahu, dia berdepan ujian dan dugaan itu sebelum menjayakan Konsert 7 Vibrato Gitar di Zepp Kuala Lumpur, yang berlangsung malam semalam.

Jelas Jo, Allahyarham adiknya itu menghubunginya pada jam 3.23 pagi dari studio dan mengadu sesak nafas sebelum dia dan isteri bergegas ke sana.

Tambahnya lagi, dia melihat sendiri setiap detik semasa Allahyarham adiknya sedang nazak sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Apabila sampai di studio, dia masih susah nak bernafas dan kami terus hubungi ambulan. Namun, adik saya meninggal dunia di pangkuan saya sebelum ambulan tiba.

"Alhamdulillah, saya nampak dia tenang menghadapi maut. Sebak rasanya hanya Allah saja yang tahu sebab dia bersemangat nak tengok persembahan saya malam ini.

"Sejak kami memulakan latihan dari hari pertama hingga hari terakhir kelmarin, dia ada di studio. Sepanjang 54 hari berlatih, arwah tetap ada di studio.

"Saya tahu ini dugaan yang terpaksa saya tempuh. Adik saya seorang insan yang baik budi pekertinya dan disenangi semua orang yang kenal dia. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," tuturnya.

Terdahulu, Jo memaklumkan berita pemergian adiknya itu menerusi Facebook, pagi semalam.

Difahamkan, jenazah adik Jo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, semalam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: