04 November 2023

MASUK WAD TIGA HARI AKIBAT APENDIKS - SABHI SADDI ANGGAP UJIAN YANG MENIMPANYA SEBAGAI 'TEGURAN'



"Kecundang juga akhirnya dengan cili padi. Saya suka sangat makan masakan yang pedas hingga akhirnya mengalami apendiks.
"Terima kasih isteri kerana menghantar saya ke hospital dan menjaga saya selama tiga hari di wad."

Demikian ujar pelakon dan penyanyi Sabhi Saddi yang baru-baru ini dikejarkan ke sebuah pusat perubatan dan ditahan wad selama tiga hari akibat apendiks, angkara kuat makan cili padi.

Klik untuk gambar besar
Menurut Sabhi, dia menganggap ujian yang menimpanya itu sebagai 'teguran' untuk dia berehat dari segala aktiviti.

"Inilah masa terbaik untuk saya rehat daripada semua aktiviti. Alhamdulillah terima kasih Tuhan berikan saya kesembuhan. Sakit itu kan menghapus dosa-dosa kecil," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: