04 November 2023
"SAYA MENGAKU WARNAKAN RAMBUT SEBAB MAHUKAN PERHATIAN" - HAFIZ SUIP KINI BOTAKKAN KEPALA, MOHON MAAF
Penyanyi Hafiz Suip yang kini tampil hampir botak selepas kontroversi mewarnakan rambut seakan-akan warna hijau demi mempromosi single terbaharu, 'Terus Bersinar' itu memohon maaf atas kekhilafannya ini.
Jelas Hafiz atau nama sebenar Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 33, keputusan memilih warna berkenaan dilakukan secara spontan tatkala membelek katalog fesyen sambil berbincang dengan pendandan rambutnya.
Dalam pada itu, Hafiz turut bercerita dimana dia ketika itu mengikuti siri aksi nyata 'One Piece' dan mendapat inspirasi daripada satu daripada watak diminatinya, Roronoa Zoro.
Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya bukan hijau tetapi 'turquoise' (biru firus). Saya mengaku warnakan rambut sebab mahukan perhatian. Bila dah buat rasa segan juga. Saya mohon maaf kepada warga Malaysia kerana perkara itu agak sensitif sebenarnya.
"Saya sedar cuma itulah hiburan. Menjadi lumrah, kalau sensasi baru dapat perhatian, kalau biasa-biasa orang tak ambil tahu," kata penyanyi lagu 'Awan Nano' itu yang diiringi ketawa kecil ketika mengulas penampilan terkininya.
Namun, Hafiz memberitahu, imej rambut berwarna itu hanya bertahan selama lima hari sebelum ia 'dikorbankan'.
Ini kerana kata Hafiz, dia sedar ia memberi pengaruh kurang baik kepada anak sulungnya, Riyadh Zafri.
"Saya lihat tindakan itu juga mempengaruhi budak-budak terutamanya anak saya yang berumur enam tahun. Dia kata, 'Bonda, saya pun nak rambut macam ayah.' Beristighfar saya masa itu.
"Saya faham perkara itu salah di sisi agama kita. Saya tidak menghitamkan kembali warna rambut sebaliknya terus membotakkan kepala. Jadi sekali lagi maafkan saya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment