23 November 2023
DIDAKWA MENGONGKONG ISTERI - FATTAH AMIN TAMPIL NAFI
"Tak kisahlah dalam soal berkawan, apatah lagi nak keluar rumah, isteri memang perlu minta keizinan dan keredaan suami.
"Adalah sangat normal untuk suami beri nasihat pada isteri termasuk dalam hal berkawan kerana keizinan suami adalah keberkatan buat isteri."
Ujar pelakon Fattah Amin, 33, yang menegaskan, tindakan isteri mendapatkan keizinan atau restu suami dalam segala hal termasuk soal berkawan adalah tidak salah dan digalakkan.
Menurut Fattah, hal itu adalah sesuatu yang normal sekiranya seseorang itu memahami konsep dalam agama Islam iaitu isteri perlu mentaati suami.
Klik untuk gambar besar
Kata-kata tersebut, Fattah menjelaskan, bukan bermaksud dia cuba mengongkong isterinya yang juga pelakon dan penyanyi, Nur Fazura, 40, apabila menentukan dengan siapa dia boleh berkawan.
"Kalau saya kongkong Fazura, mungkin dia tidak boleh keluar menjalani penggambaran. Sebagai suami sudah tentu saya kena ambil tahu dengan siapa dia berkawan, dan dia pun tahu dengan siapa saya berkawan.
"Bagi saya konsep ini normal dalam konteks keluarga dan hubungan suami isteri. Kita sebagai orang Islam sebenarnya faham, cuma kita jangan mensensasikan perkara itu sehingga memperlihatkan sebagai negati," katanya.
Sebelum ini, menerusi akaun Instagram milik Fazura, dia ada mengeluarkan kenyataan, dimana ibu seorang cahaya mata itu mengatakan dia sangat berhati-hati dalam memilih dengan siapa dia patut berkawan.
Fazura berkata demikian susulan kenyataan dikeluarkan pengacara dan usahawan Neelofa yang sedia berdamai dengannya, sekali gus menamatkan krisis yang tercetus sejak 13 tahun lalu.
Melalui hantaran itu, Fazura turut menafikan wujud perang dingin antaranya dengan Neelofa seperti yang didakwa bekas pengacara Nona itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment