23 November 2023

DAKWAAN BAKAL BERCERAI - MAWAR RASHID KATA DIA & RAF YAAKOB AKAN KELUARKAN KENYATAAN HARI INI



Umum sedia maklum mengenai isu yang hangat diperkatakan apabila pasangan pelakon, Mawar Rashid dan Raf Yaakob, yang didakwa bakal bercerai, selepas dikatakan mereka sepatutnya hadir ke mahkamah syariah semalam.
Mawar atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, ketika dihubungi memberitahu, dia dan suaminya itu akan memberi kenyataan berhubung dakwaan tersebut hari ini, selain memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

"Saya mohon maaf tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai isu ini. Doakan semoga semuanya dipermudahkan. Esok (hari ini) saya dan Raf akan mengeluarkan kenyataan," katanya.

Klik untuk gambar besar
Terdahulu, isu rumah tangga Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob 38, didakwa sedang bergolak selepas pelakon itu mengambil keputusan membuka tudung.

Untuk makluman, Mawar bernikah dengan Raf pada 9 November 2017 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4; Raden Seri Rosabella Cinta, 2; dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: