23 November 2023

SERIK SERTAI KARNIVAL - CAT FARISH & SHIKIN MAEMBONG DAKWA ADA GANGGUAN MIST1K, KINI BERNIAGA DI RUMAH



"Dari sudut perniagaan, ada sedikit perkara yang tidak menyeronokkan berlaku kerana saya dan isteri dilanda oleh 'sesuatu'. Orang cakap, ini berkaitan dengan buat@n orang.
"Ada yang kata, kami terkena di satu acara yang kami sertai. Selalunya, kami berjaya menjual lebih kurang 200 kilogram hingga 300 kilogram pisang. Namun, sekarang 50 kilogram pun tak habis dijual."

Demikian kata penyanyi dan pelakon, Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli, yang berkongsi mengenai perkara mist1k yang berlaku kepada perniagaannya dan isterinya, Shikin Maembong sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Mendedahkan perniagaan mereka diduga sejak tiga bulan lalu selepas melalui pelbagai situasi aneh, Cat berkata, dia pada awalnya tidak mahu terlalu percaya mengenai perkara mistik itu, namun mula rasa sangsi apabila menemui banyak wang syiling di salah satu gerai jualan yang mereka buka di satu acara usahawan di Kedah.

"Saya dan isteri ada terjumpa wang syiling dan bila dirujuk, ada yang mengatakan itu sebagai salah satu tanda orang hantar 'sesuatu'. Bukanlah saya nak percaya sangat mengenai wang syiling itu. Namun, tak masuk akal sebab kami tak gunakan wang syiling yang banyak. Lebih pelik lagi, ada wang syiling dari Thailand.

"Bila saya rujuk kepada ustaz, dia minta saya untuk ambil itu dengan tangan yang berlapis dan kumpulkan di satu tempat atau bekas, kemudian tutup. Selain itu, ada berlaku juga beberapa insid£n lain, termasuklah kaki staf saya bengkak-bengkak.

"Jadi, saya dan isteri tarik diri dari acara-acara berkaitan keusahawanan dan tidak membuka gerai jualan. Kami hanya buka perniagaan di rumah sahaja buat masa sekarang," ujarnya.

Dalam pada itu, Cat yang memberitahu, dia juga tidak mahu situasi yang berlaku itu memberi kesan kepada rumah tangganya kerana sedikit sebanyak, apa yang berlaku mengganggu em0si mereka sebagai suami isteri.

"Salah satu sebab adalah kerana kami tak mahu apa yang berlaku turut memberi kesan kepada rumah tangga kami. Bahkan, isteri saya pun pernah munt@h dan keluar benda yang ber@ntai dan ada yang nampak seperti rambut," tuturnya.

Sementara itu, Shikin atau nama sebenarnya, Siti Nur 'Ashikin Ismail, turut berkongsi mengenai situasi misteri dialaminya, dimana ia turut mengganggu kesihatannya.

"Saya dah lama tak kena serangan asma. Tapi, sejak dugaan ini menimpa rumah tangga dan perniagaan kami, tiba-tiba saya kena serangan asma semula dan terpaksa menggunakan bantuan alat oksigen.

"Saya akui, saya memang menangis atas apa yang berlaku kerana ia membabitkan usaha dan kerja saya dalam perniagaan," jelas kakak kepada pelakon Emma Maembong itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: