22 November 2023

ISU TIADA MESIN BASUH, DIFITN@H JADI P£MINTA SEDEKAH - INA NAIM DEDAH KISAH SEBENAR DI SEBALIKNYA



Industri muzik tanah air sebelum ini dikejutkan dengan pemergian seorang penyanyi nasyid iaitu Suhaimi Saad yang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru, pada 15 November lalu.
Sejak pemergian bekas anggota kumpulan In-Team itu, banyak kisah kebaikan arwah dikongsikan di media sosial.

Ini termasuklah, ramai mula berkongsi dan bercakap mengenai video-video arwah mengajar berkaitan agama, meskipun sebelum ini arwah pernah dikecam kerana pendiriannya dengan beberapa isu.

Malah, arwah juga pernah dikecam apabila mendedahkan rumahnya tiada mesin basuh dan disebabkan itu, ramai yang bersimpati dengan isterinya, Ina Naim.

Klik untuk.gambar besar
Kerana pendedahan tersebut, arwah Suhaimi didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Bagaimanapun, Ina yang dikurniakan empat cahaya mata hasil perkahwianan bersama arwah Suhaimi, baru-baru ini ada berkongsi kisah sebenar disebalik isu tiada mesin basuh itu.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook bernama Ryhan Musa telah berkongsi pendedahan Ina, bahawa rumah keluarga itu bukanlah tidak pernah ada mesin basuh tetapi telah diberikan kepada jiran mereka.

"Rumah Ina sebenarnya bukan tiada mesin basuh. Ada, tapi Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat.
"Ina tegur jiran tanya, "kenapa kakak?"... Lalu jiran itu menjawab, "Spin mesin basuh ni rosak na".

"Ina masuk dan bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran tu rosak. Lalu arwah suruh anaknya berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut," katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran lain, wanita itu turut menyatakan keluarga Ina pernah difitn@h jadi p£minta sedekah dengan berpurdah, namun tanggapan itu tidak benar.

Jelas Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, memang benar dia keluar m£minta sedekah tetapi bukan untuk dia dan keluarganya.
"Kutipan derma itu mereka hantar pada mualaf di Sabah. Mualaf di sana ramai yang kembali murt@d disebabkan mereka sangat susah di sana. Hanya bawa ribu-ribu ringgit sedangkan orang Kristi@n datang bawa jutaan ringgit. Sebab itu ramai yang kembali murt@d.

"Mereka terk@pai-k@pai tidak tahu ajaran Islam yang sebenar. Yang mereka tahu tidak boleh makan b*bi dan @njing. Tapi ul@r, k£ra diorang makan. Mandi wajib pun tak tahu. Arwah cakap ini semua Allah akan tanya kita nanti, apa yang kita nak jawab," tuturnya.

Melihat pada perkongsian lain pula, pengguna Facebook itu turut memberitahu, Ina juga berkongsikan suaminya telah pun menjual kereta di Kelantan sebelum pulang ke Kota Tinggi.

Tambah Ina lagi, arwah suaminya itu pergi tanpa meninggalkan harta hanya tujuh helai baju sahaja bersama sepasang selipar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: