22 November 2023

MAWAR RASHID BAKAL BERCERAI DENGAN RAF YAAKOB?



"Sepatutnya mereka (Mawar Rashid & Raf Yaakob) ke mahkamah hari ini, tapi tak pasti pula kenapa tak jadi. Mungkin berbaik semula. Kita doakan saja yang baik-baik buat mereka."
Itulah kata sumber di Harian Metro, dimana pasangan pelakon, Mawar Rashid, 28, dan Raf Yaakob, 38, didakwa bakal bercerai, apabila mereka dikatakan hadir ke mahkamah syariah hari ini.

Sementara itu, menerusi Instagram pula, Mawar atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, sudah memadam gambarnya bersama suaminya itu.

Klik untuk gambar besar
Terdahulu, isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa sedang bergolak selepas dia mengambil keputusan membuka tudung.

Namun, abang kepada Raf yang juga penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menafikan kenyataan itu dan menegaskan rumah tangga adiknya tiada masalah.

Untuk makluman, Mawar berkahwin dengan Raf pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: