08 November 2023
DUNIA SENI - DIANA AMIR NEKAD UCAP SELAMAT TINGGAL, SEDAR KEM@TIAN SEMAKIN HAMPIR
"Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.
"Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah. Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja.
"Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta'ala dan semoga mendapat rahmat Allah."
Demikianlah kata pelakon dan pengacara Diana Amir yang memberitahu, dia tidak berniat untuk membuat penampilan di kaca TV, malah nekad ucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.
Umum sedia mengetahui mengenai Diana dimana sejak awal tahun lalu, dia dilihat sudah mula memakai niqab dan penampilannya itu mendapat reaksi positif daripada netizen.
Klik untuk gambar besar
Kata Diana, keputusannya untuk berhijab membuatkan dia memahami bahawa kematian sangat hampir dengan dirinya.
Dalam pada itu, Diana turut menjelaskan, mengenakan niqab adalah satu perkara yang tidak terlintas difikirannya selama ini, namun niatnya adalah untuk mendapatkan keredaan Allah sahaja.
Sementara itu, Diana berkata, dia menyedari bahawa kem@tian itu semakin hampir dan kita juga akan dijemput bila-bila masa sahaja.
"Agaknya sebelum ini saya fikir hidup lama lagi. Saya fikir kem@tian itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya m@ti itu yang paling dekat dengan kita.
"Bila saya faham hakikat yang kita ini akan m@ti juga satu hari nanti dan betapa sayangnya Rasulullah SAW pada kita semua, sebab itulah hati saya yang rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata. Saya terus rasa nak pakai tudung, tak nak buka lagi. Saya terus nak baiki diri," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment