Pelakon Esma Daniel, 55, menerusi perkongsian di laman Facebook, telah mendedahkan, dia selamat menjalani pembedahan selepas doktor menggunakan teknik 'tromb£ktomi endov@skular' iaitu teknik rawatan terkini untuk mengeluarkan darah beku yang menyumbat salur darah besar di ot@k.
Difahamkan, Esma yang dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di ot@k akibat serangan angin ahmar atau str0k pada 11 November lalu.
"Doktor berpendapat, saya harus diberi peluang menerima rawatan itu memandangkan saya aktif bersukan dan kemungkinan ot@k dan organ badan saya masih berfungsi dengan baik walaupun selepas 24 jam serangan str0k.
"CT Scan juga mendapati lebih kurang 3mm darah beku tersumbat di otak tetapi otak belum lagi rosak. Oleh itu, rawatan itu diberikan dengan harapan dapat menyelamatkan otak dan organ saya dari rosak akibat darah beku itu," jelas Esma yang mendapat persetujuan darinya dan waris, rawatan 'trombektomi dilakukan di hospital berkenaan.
"Alhamdulillah, selepas CT Scan dilakukan sekali lagi, doktor mendapati darah beku itu sudah tiada lagi di ot@k. Saya ditempatkan di wad rawatan rapi hospital selama empat hari," katanya.
Tambah pelakon itu lagi, ECG dan ultra sound juga dilakukan, bagi memastikan jantung tidak berkait dengan serangan str0k.
Klik untuk gambar besar
"Jantung saya juga berada dalam keadaan baik dan tidak berkait dengan serangan str0k dialami yang menyebabkan serangan angin ahmar atau str0k," tuturnya.
Dalam pada itu, Esma turut berkongsi detik serangan angin ahmar ini, dimana ia berlaku sebaik larian rutin selepas makan malam bersama isterinya, Nur Atira Mazlan, 31, pada 10 November lalu.
"Secara tiba-tiba, saya berasakan tangan kiri tidak dapat mengangkat gelas minuman dan isteri mendapati muka saya agak senget ketika itu. Apabila saya cuba bangun, kaki kiri terlalu lemah hingga hampir tumbang dan disambut isteri," ujarnya.
Jelas Esma, dia yang menghidap hipertensi, mendapati tekanan darah tinggi naik mendadak dan cuba baring dengan kedudukan kaki dinaikkan.
"Saya cuba tenangkan diri dan perlahan-lahan tekanan darah turun sedikit. Pada ketika itu, isteri menyarankan saya untuk ke hospital tapi saya yakin keadaan akan bertambah baik dan akhirnya terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan hospital keesokan harinya sekali gus menjalani pembedahan,"' tulisnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment