20 November 2023

BILA ASYRAF KHALID JADI 'MATCHMAKER' NABILA RAZALI & SUAMI



Semua sedia maklum, pada Sabtu lalu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 31, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula iaitu Nik Iruwan Nik Izani, 38, dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Bukit Tinggi.
Dalam majlis tersebut, Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd. Razali, menerima mas kahwin RM22.50, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Mengenai pertemuan jodoh, anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu usahawan Asyraf Khalid menerusi Instagram baru-baru ini telah mendedahkan, dia adalah 'matchmaker' (pencari jodoh) Nabila dan Nik Iruwan hingga pasangan itu disatukan sebagai suami isteri.

Dalam perkongsian tersebut, Asyraf memberitahu, perkenalan pasangan itu bermula ketika dia menjemput Nabila dan Nik Iruwan ke majlis sambutan hari jadi yang diadakan.

Klik untuk gambar besar
"Nik datang pada masa yang tepat dan kelihatan sangat segak, namun dalam jam 9.30 malam, Bella masih tidak munculkan diri.

"Jadi, saya menghantar gambar kami kepada Bella memberitahu kami sedang menantinya. Bella merasa sangat malu, tetapi sepupu saya rapat dengan Bella dan meyakinkan bella untuk hadir ke majlis tersebut," katanya.

Menurut Asyraf lagi, sebelum menyatukan mereka, dia sudah terlebih dahulu bertanyakan mengenai status Nabila dan Nik Iruwan ketika bertemu di majlis rumah terbuka.
Tambahnya lagi, kedua-duanya mengatakan mereka masih 'single' dan tidak mempunyai teman istimewa.

"Saya bertanya kepada Nik, 'Nik, siapa teman wanita awak sekarang?' Dia berkata, 'Saya bujang, saya mahu berkahwin, tetapi saya mahu mencari wanita yang betul-betul sesuai'.

"Dua hari selepas itu, secara kebetulan, saya bertemu Bella di rumah terbuka lain, dan saya bertanya soalan yang sama.
"Dia berkata, dia masih bujang dan dia terlalu sibuk untuk mencari teman lelaki. Secara tiba-tiba, Nik Iruwan muncul dalam fikiran saya, dan saya terus memberitahu Bella tentang Nik," kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Asyraf berkata, dia tumpang gembira apabila Nabila dan Nik Iruwan yang kini sah bergelar suami isteri selepas menjalin cinta selama enam bulan.

"Tidak sampai enam bulan selepas itu, hari ini (Sabtu), mereka sah bergelar suami isteri. Masha-Allah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: