21 November 2023

MAWI DOAKAN AGAR INA NAIM & KELUARGA DIBERIKAN KEKUATAN ATAS PEMERGIAN SUHAIMI SAAD



"Pertama kali kita ucapkan takziah kepada keluarganya dan saya sentiasa mendoakan semoga keluarganya dalam keadaan kuat. Kita hanya mampu berdoa tetapi yang memberi kekuatan adalah Allah SWT.
"Kita doakan juga semoga Allah SWT pilih dia (Mohd Suhaimi) sebagai kekasih-Nya. Kita harap-harapkan. Orang yang Allah SWT pilih kekasih-Nya adalah orang yang beruntung."

Itulah kata penyanyi dan penyampai radio, Mawi menerusi perkongsian video di Facebook, dimana dia mendoakan agar Ina Naim atau Nor Diana Naim, 39, diberikan kekuatan atas pemergian suaminya yang juga bekas penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad.

Klik untuk gambar besar
Selain itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 42, juga berkata, Ina dan anak-anaknya perlu terus tabah dengan ujian berkenaan.

Dalam pada itu, bekas juara Akademi Fantasia musim ketiga ini turut meluahkan rasa syukur ramai yang bercerita mengenai perkara baik yang dilakukan Allahyarham Mohd Suhaimi ketika hayatnya.

"Alhamdulillah kalau ramai bercerita kebaikan kita kerana ia satu petanda baik, yang takut kalau orang cakap tentang keburukan.
"Boleh jadi contoh dan inspirasi tapi janganlah buat baik sebab nak orang puji kita selepas mati, niat sudah lari. Sebenarnya buat baik ini biarlah ikhlas.

"Esok kita mati orang hendak cerita baik atau sebaliknya, terserah kepada ALLAH. Cuma yang masih ada peluang di dunia ALLAH bagi ini, banyak-banyaklah buat kebaikan. Kalau ada rezeki lebih, berkongsi dengan orang lain," ujarnya.

Pada Rabu lalu, Suhaimi telah disahkn meninggal dunia pada jam 7.40 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Untuk makluman, Mawi dan Ina pernah bertunang pada 10 Februari 2004, sebelum putus pada 10 Julai 2006.

Setahun selepas itu, Ina berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi Saad yang juga bekas anggota Kumpulan In-Team pada 12 Ogos 2007.

Hasil perkahwinan tersebut, dia dan Suhaimi dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: