03 November 2023

GEMBIRA ANGELINE TAN KINI MUALAF - MARGARET GAN DOA SAUDARA ISLAMNYA DAPAT JALANI KEHIDUPAN ISLAM YANG SEBENAR



Semua sedia maklum mengenai seniwati Margaret Gan yang dikurniakan hidayah ketika usianya 79 tahun apabila melafazkan dua kalimah syahadah pada tahun lalu.
Berhubung rakan pelakon Ardini Angeline Tan yang baru memeluk Islam, Margaret meluahkan rasa gembira mendengar perkhabaran tersebut.

Pada masa sama, Margaret turut mendoakan agar Angeline atau nama Islamnya, Ardini dapat menjalani kehidupan Islam yang sebenar.

"Sebagai anak seni, kita mungkin sudah terbiasa dengan perangai yang gila-gila. Saya doakan dia dapat ikut cara hidup Islam yang sebenar," katanya.

Dalam pada itu, Margaret mengakui, dia kurang mendapat tawaran berlakon, namun berpegang pada prinsip untuk tidak menanggalkan tudung.

"Mereka mahu saya lakonankan watak perempuan Cina. Mana ada perempuan Cina yang pakai tudung. Kalau watak mualaf, lainlah. Kalau watak ibu-ibu berbangsa Cina, memang tak kenalah," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: