03 November 2023

"DIA CAKAP TIADA PUN ISU CERAI INI" - NUR NILAM JELAS IRA KAZAR MASIH ISTERI SYAMSUL YUSOF



"Dia jarang bercakap dengan saya mengenai isu hal rumah tangga ini dengan saya, lebih banyak bercerita dengan Azlan, disebabkan ramai sangat bertanya jadi saya minta suami tanyakan.
"Memang tiada isu cerai, saya pun baru saja hubungi Ira sebelum temu bual ini untuk dapatkan kepastian... dia cakap tiada pun isu cerai ini.

Demikian jelas isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz yang mengakui terkejut dengan dakwaan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sudah menceraikan isterinya, Ira Kazar.

Menurut Nur Nilam, dia sudah menghubungi Ira untuk mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan yang tular itu. Katanya, Ira dan suaminya itu masih bahagia.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Nur Nilam turut memberitahu, Syamsul ada bersama ketika Ira datang ke rumahnya tempoh hari, namun pengarah dan pelakon itu kemudian ke tempat lain.

"Semasa dia datang rumah saya hari itu pun Syamsul datang sekali cumanya dia tinggal Ira di rumah saya la dan dia keluar ke tempat lain.

"Saya lihat mereka Alhamdulilah bahagia, cuma mereka tak post di media sosial... ya la sebab kena kecam kan siapa je nak post," katanya.

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai khabar angin serta dakwaan mengatakan Syamsul Yusof dan Ira Kazar telah bercerai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: