06 November 2023

IRENE DEANNA : "KAMI SEKADAR KAWAN BIASA SEBAB SYAMSUL KENALAN EMAK & AYAH SAYA..."



Semua sedia maklum mengenai gosip yang hangat diperkatakan sebelum ini dimana pengarah dan pelakon Syamsul Yusof didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang wanita bernama Irene Deanna.
Gosip tersebut timbul selepas tersebar foto bersama menghadiri makan malam yang disertai keluarga wanita itu. Lebih menarik perhatian, sekeping gambar Syamsul berdua bersama Irene.

Berhubung dakwaan berkenaan, Irene, 25, yang merupakan ahli perniagaan itu tampil menafikan dia dan Syamsul menjalinkan apa-apa hubungan seperti yang didakwa.

"Kami sekadar kawan biasa sebab Syamsul kenalan emak dan ayah, bukan saya. Memang hanya kenalan 'hi bye'.

Klik untuk gambar besar
"Itu sekadar gambar sahaja. Sebenarnya, Syamsul datang atas urusan kerja dengan syarikat permotoran, jadi kami ambil gambar bersama sebab dia adalah kenalan keluarga.

"Saya tak tahu nak komen sebab tiada apa-apa pun. Jadi, 'no comment'," jelas Irene ketika ditemui media.

Tambah Irene lagi, dia terkejut namanya dipetik dan menjadi bualan netizen selepas gambar bersama Syamsul tular, selain turut mengakui, dia tidak terganggu dengan gosip sedemikian.
"Saya terkejut, tapi sememangnya tiada apapun. Syukur, gosip ini tidak menganggu em0si saya. Saya buat kerja macam biasa. Tiada 'str£ss' atau apa-apa, saya okay sahaja," tuturnya.

Dalam pada itu, Irene memberitahu, dia ada membaca komen netizen dan hanya mampu ketawa bila membaca setiap dakwaan dilemparkan.

"Saya baca dan hanya tergelak," ujarnya yang enggan mengulas sama ada dirinya sudah berpunya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: