07 November 2023

KES 'CUCI DUIT' - RUHAINIES NAFI TERBABIT



Baru-baru ini, nama pelakon Ruhainies hangat diperkatakan selepas didakwa artis yang menjalankan aktiviti penggub@han wang har@m atau 'cuci duit'.
Berhubung dakwaan itu, Ruhainies tampil menafikan dirinya terbabit seperti mana yang 'dipetik' oleh beberapa pihak sebelum ini.

Kata Ruhainies, sekiranya sesuatu dakwaan itu dibuat, biarlah ia secara jelas dan terang kerana dakwaan berbentuk pembayang akan mem@lit nama orang yang tidak terbabit.

Tambah pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, hanya kerana pembayang 'artis gebu', namanya menjadi sasaran netizen.

Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya, ada yang DM (mesej di Instagram) dan bertanya, sama ada individu itu adalah saya atau bukan. Alhamdulillah, bukan saya.

"Kalau nak bagi 'hint' (pembayang), janganlah setakat 'hint'. Bagi terus nama, sebab orang lain yang tak terbabit pun, akan dikaitkan juga. Jadi, kalau nak tulis nama, tulis terus terang.

"Bila dikata gebu, bukan ramai sangat yang gebu. Jadi, contohnya, ada 10 orang gebu. Maka, orang akan jadikan 10 orang ini sebagai sasaran dan tak pasal-pasal, terpalit juga," ujarnya.
Bagaimanapun, Ruhainies berkata, sebagai seorang yang bekerja keras dan hidup dengan hasil usahanya, dia mengakui bahawa dirinya tidak dapat mengelak sebarang tuduhan daripada netizen.

"Sejujurnya, orang pun tahu bagaimana keras saya bekerja dan masih ada di dalam industri. Kalau ada tuduhan apa-apa, saya tak dapat nak elak.

"Tapi, netizen sekarang pun hebat-hebat. Kalau mereka siasat, mesti mereka akan dapat jawapan. Kalau saya ada buat, mereka mesti tahu dan tak boleh lari sebab Malaysia ini kecil sahaja," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: