26 November 2023
ISU ISTERI DIDAKWA HAMIL - HAQIEM RUSLI TAMPIL NAFI
"Saya buat 'caption' itu sebagai tanda bahawa kami semua sayang dia. Tapi, orang tak faham konteks ayat saya.
"Saya nak dia rasa disayangi oleh semua. Jangan percaya cakap orang. Kalau saya cakap (sahkan), itu baru betul.
"Saya akan umumkan kalau betul sebab ia benda baik," jelas penyanyi Haqiem Rusli yang tampil menafikan dakwaan isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri hamil seperti yang tular, baru-baru ini.
Khabar angin itu bermula selepas Haqiem memuat naik hantaran di Instagram sempena sambutan ulang tahun kedua perkahwinan mereka, dimana dia menulis keterangan ringkas, "We love you".
Berhubung ucapan tahniah yang diterimanya, Haqiem hanya mampu mengucapkan terima kasih dan menjelaskan perkara sebenar.
"Kepada yang mengucapkan tahniah, terima kasih saya ucapkan. Tapi, saya jelaskan kepada mereka mengenai kapsyen itu," katanya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ditanya pula keadaan isterinya selepas kerap kali dipersoal mengenai keadilan, Haqiem berkata, Sofea dalam keadaan baik.
"Sofea okey saja. Kalau orang bertanya secara berhadapan, janganlah tanya banyak kali kerana itu sangat menjengkelkan. Ini semua berkaitan dengan rezeki Allah dan kita tak boleh tentukan.
"Sepanjang dua tahun pertama ini, boleh saya katakan ia satu proses yang agak mencabar. Tapi, saya dah lalui benda ini dah lama. Saya beritahu Sofea, jangan risau sebab saya akan sayang dan lindungi dia.
"Biarlah orang bercakap apa pun asalkan mereka tak ada m@ki h@mun secara berdepan atau melakukan tindakan berkaitan fizikal.
"Kalau setakat bercakap di media sosial, saya dah lali," kata Haqiem yang kini bertanding dalam program Famili Duo 3 bergandingan bersama sepupunya, penyanyi Ariff Bahran.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment