26 November 2023

ELIZAD REDA DUA KALI GAGAL IVF - ENGGAN TERLALU FIKIR SOAL ZURIAT : "USIA PUN SUDAH NAK MASUK 40-AN"



"Saya tidak mahu terlalu fikir soal untuk dapatkan anak kerana tidak mahu dapat 'anxiety' pula nanti. Saya juga sudah reda kerana usia pun sudah nak masuk 40-an."
Demikian kata pelakon Siti Elizad, 39, yang reda selepas dua kali gagal dalam rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF).

Jelas Elizad, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat kerana mahu menjaga kesihatan mentalnya.

Klik untuk gambar besar
Ditanya mengenai rawatan IVF, Elizad berkata, doktor juga ada menawarkannya untuk menjalani rawatan IVF buat kali ketiga.

Bagaimanapun, menurut Elizad, dia tidak bercadang membuat rawatan IVF lagi kerana mahu kembali berlakon.

"Setakat ini, tiada perancangan untuk ambil anak angkat kerana suami juga sudah ada anak dari perkahwinan terdahulu.
"Saya juga berasal dari keluarga yang besar dan memiliki anak saudara yang ramai," tuturnya yang dalam masa sama juga tiada perancangan untuk mengambil anak angkat.

Untuk makluman, Elizad yang berkahwin dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015 itu menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020, sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.

Pada Mac tahun lalu pula, Siti Elizad telah menjalani rawatan IVF buat kali kedua, namun usahanya untuk mendapatkan anak kali ini juga gagal.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: