25 November 2023
MASUK HOSPITAL AKIBAT DEMAM SELEPAS DISENGAT SERANGGA - AFIEQ SHAZWAN BERSYUKUR KEADAAN IBU KINI POSITIF
"Keadaan ibu saya sekarang dalam masih dalam pemantauan doktor dan dirawat di hospital sejak Khamis lalu. Doktor juga tak tahu virus apa yang menyerang ibu saya.
"Antara prosedur yang dilakukan adalah mereka mengambil darah ibu setiap empat jam," ujar penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan, 25, mengenai keadaan ibunya iaitu Wasingah Abas, 72.
Dalam masa sama, Afieq turut menjelaskan, ibunya yang mula mengadu demam sejak Sabtu lalu itu sebelum ini tidak pernah dimasukkan ke hospital dan kini masih belum dibenarkan pulang memandangkan platlet darahnya turun sehingga ke 50.
"Setakat ini, doktor belum maklumkan sehingga bila ibu saya akan ditahan di hospital. Namun, doktor beritahu bahawa platlet darah menurun hingga 50. Jadi, kalau demam biasa, tak mungkin Jadi sampai sebegitu rupa.
"Kami dah ikut beberapa petua seperti memberi ibu makan sup ketam dan sebagainya. Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan positif," katanya.
Difahamkan, Wasingah disengat serangga yang tidak diketahui ketika sedang berkebun sehingga menyebabkan kaki kanannya bernanah, sebelum mengalami demam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment