25 November 2023
LEBIH 75,000 PEMINAT HADIR - REKOD 19 TAHUN SITI NURHALIZA BERJAYA DIPECAHKAN COLDPLAY
Kemeriahan konsert Coldplay yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu lalu, sehingga kini masih lagi hangat diperkatakan di media sosial.
Difahamkan, konsert Coldplay di Malaysia itu adalah pertama kali diadakan selepas 27 tahun penubuhan kumpulan tersebut.
Dek kerana itu, konsert tersebut telah dihadiri seramai 75,000 lebih peminat, sekaligus memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Siti Nurhaliza pernah menjayakan konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour pada 2004 di lokasi sama.
Menerusi perkongsian di aplikasi X, sebelum rekod itu dipecahkan Coldplay, Siti Nurhaliza pernah memegang rekod selama 19 tahun dengan kehadiran 70,000 lebih penonton.
Sementara itu, dalam carta berkenaan konsert AR Rahman tahun ini pula berada di tempat ke-3 denga kehadiran 67,000 penonton manakala Blackpink berada di kedudukan ke-4.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment