19 November 2023

KELUARGA KEDUA BELAH PIHAK SUDAH BERTEMU - AEDY ASHRAF AKUI RAPAT DENGAN AMELIA HENDERSON, TAPI BELUM 'TARGET' KAHWIN



"Hubungan saya dan Amelia ketika ini, kita memang rapat dan saling menyokong di antara satu sama lain. Cuma, kita juga tak nak meletak satu tarikh atau target (kahwin) sebab masing-masing sibuk.
"Dia (Amelia) sangat komited dengan kerja sampai saya sendiri terinspirasi dengannya. Malah, kita juga mempunyai pemikiran yang sama dan urusan jodoh ini, biar Tuhan saja yang tentukan. Kalau ada rezeki, Insya Allah.

"Jika Tuhan kata ada jodoh kita bersama, okaylah. Keluarga kedua belah pihak pun dah tahu hubungan rapat kita dan masing-masing juga sudah berjumpa serta berkenalan."

Klik untuk gambar besar
Itulah ujar pelakon Aedy Ashraf, 30, yang menjelaskan, dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melangkah ke fasa perkahwinan bersama kekasihnya yang juga pelakon, Amelia Henderson, 28, buat masa sekarang.

Semua sedia mengetahui hubungan cinta antara Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi dan Amelia bukan lagi rahsia, selepas kedua-dua mereka terbuka untuk berkongsikan kemesraan di media sosial.

Tidak berselindung mengenai hubungan rapat mereka, Aedy memberitahu, dia dan Amelia sangat memahami di antara satu sama lain, termasuk kesibukan pada karier seni yang tidak putus menerima tawaran lakonan.
Dalam pada itu, Aedy turut ditanya juga mengenai daya tarikan Amelia yang berjaya menawan hatinya, dimana dia berkata, wanita berkenaan mempunyai paras rupa cantik serta memiliki personaliti diri yang bijak.

"Dia adalah wanita yang sangat cantik, bijak dan pintar. Saya rasa, apa yang buat saya lebih tertarik dengan dirinya ialah bagaimana sikap dia yang begitu komited dengan kerja dan mengelolakan hidupnya.

"Kita sebenarnya memang sangat rapat dan kita sentiasa ada untuk satu sama lain. Dia adalah penyokong terbesar saya dan hal sebegini yang menjadikan saya lebih menghargai dia," tuturnya.
Terdahulu, hubungan Aedy dan Amelia difahamkan rapat selepas mereka digandingkan sebagai pasangan kekasih dalam sebuah drama dan kemesraan terjalin juga sering dikongsikan kedua-duanya di media sosial.

Baru-baru ini, ketika menjadi tetamu dalam program Studio Sembang dikendalikan Amelia, pelakon lelaki itu sanggup membuka rahsia terbesar dalam hidupnya apabila mendedahkan dia berhenti sekolah ketika usia 16 tahun dan tak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bukan itu sahaja, malah, sewaktu Amelia berhadapan kes saman atas dakwaan langgar kontrak dengan A Aida Production, Aedy turut dilihat sentiasa ada di sisi pelakon wanita itu, selain ahli keluarganya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: