20 November 2023

MINGGU KE-9 ALL STARS GEGAR VAGANZA - GILIRAN NORYN AZIZ PULA DIUMUMKAN TERSINGKIR



Nampaknya peserta dari Singapura masih lagi kekal di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV @ GV10) apabila lagi sekali peserta dari Malaysia iaitu Noryn Aziz disingkirkan pada minggu kesembilan program tersebut selepas mendapat markah terendah daripada tiga juri.
Dalam persembahan tersebut, Noryn telah berduet bersama penyanyi Dia Fadila menerusi lagu 'Tegar' dendangan asal kumpulan Rossa.

Sementara itu, Jaclyn Victor telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tempat pertama apabila meraih markah tertinggi, menerusi lagu 'All I Ask' nyanyian Adele, dimana penyanyi itu berduet dengan Nadeera Zaini.

Klik untuk gambar besar
Manakala tempat kedua pula, dibolot oleh Tomok yang berduet dengan Black Hanifah menerusi lagu dari kumpulan Slam iaitu 'Tak Mungkin Berpaling'.

Bagi tempat ketiga diperolehi Hady Mirza yang menyampaikan lagu 'Kamu Yang Ku Tunggu' - Rossa feat Afgan, dimana dia berduet bersama Shiha Zikir.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: