20 November 2023
UQASHA DIDAKWA HAMIL DEK NAMPAK 'BABY BUMP'?
Pelakon Uqasha Senrose baru-baru ini menjadi sebutan selepas netizen mempersoalkan isteri kepada pelakon Kamal Adli itu kini sedang hamil dek ternampak 'baby bump' ketika sesi live.
Lebih menarik perhatian, Uqasha dilihat tidak menjawab pertanyaan netizen sebaliknya hanya membiarkan soalan tersebut.
Tidak dapat dipastikan mengapa soalan itu dijawab dan mungkin juga isteri Kamal itu tidak mahu menjawab kerana perkara tersebut tak benar dan hanya andaian netizen.
Namun, memang agak ketara juga 'baby bump' tersebut, selain dilihat berbeza daripada bentuk perut buncit.
Apa pun, jika benar Uqasha kini sedang hamil, tahniah diucapkan. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat pasangan tersebut.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment