"Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua sahabat yang mendoakan, bertanya khabar, datang ziarah dan membuat solat hajat. Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.
"Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada doktor, jururawat dan semua yang menjaga saya sepanjang di hospital.
"Saya tak sabar mahu kembali bekerja seperti biasa," ujar penyanyi Datuk Nora Ariffin, 50, menerusi hantaran video di Instagram, dimana dia berkata, nikmat kesihatan yang masih dikurniakan Allah ibarat peluang kedua buat dirinya.
Klik untuk gambar besar
Terkini, keadaan Nora dilaporkan stabil selepas dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor, kerana sesak nafas.
Dalam hantaran tersebut, Nora yang sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selama tiga hari itu memaklumkan, dia dibenarkan pulang ke rumah, semalam.
Difahamkan, Nora atau nama penuhnya, Wan Norafizah Wan Ariffin menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut di pusat perubahan itu selama 10 hari.
Terdahulu, suami kepada Nora iaitu Dr Rushdi Ramli memberitahu, penyanyi berkenaan dimasukkan ke ICU dan memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan isterinya itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment