19 November 2023

MATA & JANTUNG TAK BEGITU BAIK - EBBY YUS BAKAL JALANI PEMBEDAHAN



"Bulan depan, saya akan jalani pemeriksaan terakhir. Itulah yang dimaklumkan oleh doktor kepada saya. Mereka ingin memastikan terlebih dahulu keadaan jantung saya sebelum teruskan dengan pembedahan memasukkan bateri itu."
Demikian jelas pelakon Ebby Yus, 58, yang memaklummkan dia akan melakukan pemeriksaan untuk jantungnya sebelum meneruskan dengan pembedahan memasukkan bateri bagi menyokong jantungnya yang semakin lemah.

Kata Ebby, sebelum meneruskan dengan pembedahan itu, doktor melakukan ujian bagi memastikan keadaan jantungnya terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Ebby turut mengulas mengenai keadaan jantungnya dimana dia tidak menafikan bahawa keadaan jantungnya sedikit sebanyak ia turut menjejaskan aktiviti hariannya.

"Sekarang, keadaan jantung saya agak lemah. Kalau bergerak dengan laju atau melakukan aktiviti yang menggunakan tenaga, memang saya sendiri dapat rasakan kesannya.

"Selain itu, cuaca sejuk pun akan memberi kesan juga kepada jantung saya. Satu lagi, kalau terlalu tertekan pun akan memberi kesan juga.

"Misal kata saya perlu menjalani penggambaran di luar (outdoor) yang memerlukan saya untuk bergerak secara agresif, memang ada kesannya," tutur Ebby yang berkata, selain jantung, dia juga akan menjalani pembedahan untuk masalah matanya pada Selasa.

"Selain itu, pada hari Selasa nanti, saya akan menjalani pembedahan membuang katarak dan selaput pada bahagian mata. Untuk mata pula, saya akan jadi pening dan berpinar kalau matahari terlalu kuat," jelanya yang kini sedang berehat dari penggambaran dan memberi tumpuan kepada keadaan kesihatannya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: