"Soal 'timeline' atau jadual projek antara album saya, Aura dan produk dihasilkan Aina, bagi saya, suatu kebetulan. Soal hendak dibandingkan, tetap berlaku biarpun saya tidak lancarkan album.
"Kita pakai baju pun orang bandingkan. Bukan sahaja dengan Aina, malah, dengan semua orang. Saya tiada per@saan buruk terhadap sesiapa. Saya gembira pada semua (penyanyi) yang sedang mencuba melancarkan album seperti yang saya buat."
Itulah kata penyanyi Ernie Zakri, 31, yang terbuka andai dirinya dibandingkan dengan vokalis wanita lain termasuk Aina Abdul yang kebetulan melancarkan album pada masa sama, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ernie yang mempertaruhkan album kedua berjudul Aura, mengaku soal dijadikan perbandingan sebagai lumrah dunia seni, selain memilih memandang perkara itu dari sudut sihat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment