19 November 2023

BERJAYA DIDIK ANAK-ANAK JADI CIKGU - BEKAS ISTERI AC MIZAL JELAS SEBAB ANAK MENANGIS DI MAJLIS NIKAH



"Biasalah suasana majlis pernikahan, emosi seorang ibu dan anak memang akan sebak dan sayu. Sebab nak melangkah ke alam kehidupan barukan? Tapi ia lebih kepada tangisan bahagia... anak pula sebak kerana dia paling rapat dengan akak (Shafnie)."
Demikian jelas bekas isteri kepada pengacara dan usahawan terkenal, Datuk AC Mizal Zaini, 51, iaitu Shafnie Zainuddin, 47, yang berkata, bahawa dia sendiri terkejut apabila video anak keduanya, Muhammad Shabil Iman, 24, tular di media sosial.

Jawapan yang diberikan Shafnie Zainuddin sekali gus menolak dakwaan sesetengah netizen yang mendakwa Shabil Iman menangis kerana majlis istimewanya tidak dihadiri bapa kandung.

Klik untuk gambar besar
Video dan gambar anak kedua Shafnie yang melangsungkan pernikahan baru-baru ini telah menjadi sorotan ramai apabila pengantin lelaki dilihat sebak sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Pelbagai spekulasi menjadi bualan netizen memandangkan AC Mizal dilihat tiada di majlis pernikahan anak keduanya itu.

Pada 11 November lalu, anak kedua AC Mizal dengan bekas isterinya itu selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya di kediaman pengantin perempuan di Ipoh Perak.
Dalam pada itu, bekas model dan juga pengacara TV ini turut mengakui terkejut apabila menjadi bualan di media sosial memandangkan sudah lama meninggalkan dunia hiburan.

Kata Shafnie lagi, dia sama sekali tidak sunyi walaupun dua orang anaknya sudah berumah tangga kerana masih ada seorang lagi anak hasil perkahwinannya selepas berpisah dengan AC Mizal.

"Saya sebenarnya hairan juga apabila tiba-tiba ramai yang nak tahu fasal kehidupan kami. Saya bukan selebriti dan hanya orang biasa sahaja.
"Saya agak terkejut ramai yang buat akaun (media sosial) palsu tapi, biasalah netizen. Ramai juga yang doakan baik-baik untuk kami," ujarnya.

Sementara itu, Shafnie juga berharap agar kisah lama mereka tidak lagi diungkit memandangkan masing-masing sudahpun mempunyai kehidupan sendiri termasuklah anak-anak.

"Harap benda lepas jangan diungkit sebab masing-masing ada kehidupan sendiri, begitu juga anak-anak," ulasnya.
Mengenai perkembangan terkini anak-anaknya, Shafnie memberitahu, anak pertama dan keduanya kini bekerja dalam bidang pendidikan sebagai guru sekolah.

Selain itu, bekas isteri AC Mizal yang menghidap leukemia memaklumkan, dia masih lagi menerima rawatan dan bersyukur penyakitnya kian berunsur pulih.

Untuk makluman, Shafnie dan AC Mizal pernah berkahwin pada 24 Jun 1995 dan bercerai pada 17 Oktober 2001 selepas memiliki dua orang anak.
Kemudiannya, Shafnie telah mendirikan rumah tangga lagi pada 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Manakala, AC Mizal pula telah berkahwin dengan Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid dan dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.

Difahamkan Shafnie dan AC Mizal juga sudah mempunyai seorang cucu daripada anak sulung mereka, Muhammad Shafiq Iman yang melangsungkan perkahwinan pada tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: