18 November 2023

IMPIAN BELI KERETA IDAMAN G-WAGON RM1.5 JUTA TERCAPAI - MEERQEEN LUAH RASA SYUKUR



"Langkah senyap, impak yang kuat. Alhamdulillah Ya Allah," demikian tulis pelakon Meerqeen yang meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli kereta idamannya iaitu Mercedes Benz G-lass atau G-Wagon selepas bekerja keras selama tiga tahun. Kereta mewah tersebut dianggarkan berharga RM1.5 juta.
Berkongsi kejayaannya itu di aplikasi X dengan memuat naik gambarnya bersama kereta idaman, pelakon berusia 22 tahun ini turut menyifatkan kejayaan memiliki kereta tersebut sebagai langkah senyap yang akhirnya membuahkan hasil.

Dalam pada itu, Meerqeen memberitahu, dia membeli kereta berkenaan bukan saja untuk memuaskan hati, tetapi dalam masa sama membuatkannya lebih bersemangat dalam kerjayanya.

"Alhamdulillah, syukur rezeki Allah. G-Wagon adalah kereta idaman saya. Tak tahulah nak simpulkan macam mana. G-Wagon ini untuk memuaskan hati sendiri dan juga menjadi lebih bersemangat," katanya.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: